Tiada kata putus pertemuan Abbas-Haniya semalam.


Selasa , 07/11/06 –
Sumber Palestin melaporkan bahawa pertemuan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan PM< Palestin, Ismail Haniya berakhir dengan tiada sebarang kata putus berhubung penubuhan kerajaan gabungan tetapi kedua pihak berjanji mengadakan pertemuan pada hari ini (Selasa, 07/11/2006).
Nabil Abu Rodeina, jurucakap president Mahmoud Abbas, berkata 2 pemimpin tersebut tidak
bersetuju dengan cadangan menamakan Perdana Menteri. “Pertemuan tidak berakhir di situ, mereka
akan menyambung esok (Selasa, 07.11.2006)”. Sumber HAMAS pula menyatakan HAMAS mencadangkan
Dr Basim Na’im sebagai Perdana Menteri yang akan mengetui kerajaan baru tersebut.

Dalam satu sidang akhbar, Abu Rodeina berkata ada beberapa isu yg perlu diselesaikan dengan
terperinci dan berharap pertemuan Selasa (07.11.2006 )atau Rabu (08.11.2006) membuahkan
hasil.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.