Pembentukan Kerajaan Kesatuan Dalam Proses Akhir.


Rabu , 08/11/06 –
Yasser Mohammad, salah seorang pemimpin politik pergerakan HAMAS, berkata
semalam (07/11/06), mengumumkan perjanjian berhubung penubuhan
kerajaan kesatuan telah berada pada tahap terakhir.


Beliau memberitahu perunding Palestin akan menyimpulkan bahawa kerajaan baru ini
akan memastikan hak2 rakyat Palestin terpelihara dan terus melindungi sebarang
aktiviti2 pejuang Palestin memerangi pihak rejim Zionis.

Perjanjian pada dasarnya berasaskan satu dokumen yang akan ditandatangani
oleh semua fraksi. Walaubagaimanapun, seorang pemimpin HAMAS lain, Khalil
al-Hayya, memberitahu terdapat ketidakpuasan pada sesetengah ahli politik
dengan kehadiran HAMAS dalam kerajaan ini. Khalil juga enggan memberi sebarang
komen dengan isu perlantikan Dr Basem Naim (gambar) yang bakal dinamakan Perdana
Menteri baru bagi kerajaan baru tersebut. Perlantikan tersebut tidak
dipersetujui oleh Mahmoud Abbas.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.