Dr. Basim Naim : Bakal Perdana Menteri ?


Rabu , 08/11/06 – Berdasarkan maklumat yang di terima dari pusat maklumat Palestin, Dr. Basim Naim yang menjawat jawatan menteri kesihatan palestin telah dicalonkan oleh pihak Hamas sebagai pemimpin Palestin yang baru hasil kesepatan dan persetujuan bersama dengan pihak Fatah.

Info Palestina menjelaskan kelmarin (Isnin 6/11), Dr Naim di pilih sebagai calon perdana menteri palestin yang baru adalah kerana beliau tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan gerakan Hamas dan diterima oleh semua pihak. Beliau juga diterima oleh Dunia luar seperti Arab dan lain-lain. Beliau juga seorang yang berdedikasi serta berkemampuan dalam mengelola dan menjalankan tugasnya di jabatan kesihatan.

Menurut sumber dipercayai, (Selasa 7/11) perbincangan mengenai pembentukan kerajaan baru akan diadakan di antara presiden Abbas dan Perdana menteri Palestin,Ismael Haneya.

Sementara itu, Hamas masih mempertahankan kedudukan mereka di parlimen dengan memegang beberapa jawatan di jabatan menteri seperti menteri kesihatan, menteri pendidikan dan menteri dalam negeri

Dr. Basim Naim yang berumur 43 tahun adalah seorang doktor pakar bedah di Gaza yang juga merupakan Ketua Persatuan Doktor Palestin.Beliau memperolehi ijazah kedoktoran di Universiti Jerman.
Sementara itu pula, jurucakap Hamas, Dr Gazi Hamd menyatakan pihaknya bersetuju dengan pencalonan Dr. Basim Naim sebagai perdana menteri yang baru. Beliau menegaskan pihaknya akan menyampaikan berita ini kepada Mahmud Abbas. Dan pihak Abbas berkata mereka akan meneliti perlantikan ini dan akan menyampaikan berita persetujuan kepada para pemimpin Hamas pada pertermuan di Gaza nanti.

Yang menjadi perkara pokok dalam perbincangan ini adalah pemerintahan persatuan nasional atas dasar piagam rekonsiliasi nasional .Perbincangan sebelum ini sudah disepakat secara bersama oleh semua pihak bahawa menteri-menteri di bawah yang kerajaan baru ini mestilah terdiri daripada golongan professional,bersih dan tidak korupsi.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.