Israel Hancurkan 200 Rumah dan Masjid Bersejarah


Khamis , 09/11/06 –
Pusat HAM Palestin ‘Al-Mizan’ menyatakan tentera penceroboh Israel telah memusnahkan sebuah masjid bersejarah di Bethanoun di mana usia masjid itu mencecah 800 tahun dan 200 buah rumah kediaman palestin sebelum mereka meninggalkannya pada Selasa pagi (07/11/06).


Kerosakan seperti jalan raya,bangunan-bangunan,rumah-rumah, kedai dan sebagainya dapat dilihat di Bethanoun.
Kerosakan yang teruk juga terjadi pada sebahagian besar jalan raya,saluran air,kuasa elektrik,klinik-klinik dan jambatan-jambatan.
Jumlah rumah yang telah dimusnahkan oleh Israel adalah sebanyak 200 buah rumah,100 hektar ladang pertanian,30 buah kedai dan kawasan-kawasan perniagaan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.