Israel Membunuh 5 Pejuang Palestin


Jumaat, 10/11/06 –
Belum puas membunuh penduduk awam Palestin di Bethanouan yang korban meningkat
menjadi 20 orang kanak-kanak dan wanita,tentera Israel hari ini Rabu(08/11) melakukan pembunuhan lima orang warga Palestin di baldah Yamoun barat kota Jenin utara Tepi Barat dengan memusnahkan kediaman mereka.

Kelima-lima orang tersebut merupakan pejuang Birgade Al Aqsha. Sumber tempatan Palestin menyebut, pasukan Israel menyelusup dengan berpakaian preman serta menaiki kenderaan berplat nombor Palestin. Kenderaan itu dinaiki dengan sejumlah pasukan Israel yang besar dan kemudian mengepung rumah itu. Tentera Israel itu kemudian menembak rumah tersebut dengan membabi buta. Akibatnya,seorang warga baldah Yamon Aiman Qabbalah(32) mengalami cedera.

Sumber-sumber tempatan di baldah Yamon menegaskan,pasukan Israel menangkap sejumlah orang yang berada di dalam rumah setelah mereka disoal siasat. Selepas itu mereka ditembak di bahagian kepala. Lebih sedih lagi, mayat tersebut diseret di jalan raya dengan begitu teruk sekali.

Berdasarkan sumber media di Jenin, pejuang Brigade Syuhada Al Aqsha. yang syahid adalah Mahmod Rajih Abu Hasan (29), Salim Rajih Abu Haija (26), Thahir Abahirah (29), Ala’ Khamayisah (25)

Disamping itu juga, tentera Israel juga telah menangkap tiga warga tempatan di sana.Alasanya adalah rumah itu digunakan oleh pejuang untuk menyimpan senjata dan bahan peledak.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.