Shbeir , Calon Ketua Kerajaan Campuran Palestin Yang Baru.


Selasa, 14/11/06 –
Sumber Palestin menyebut Isnin lalu (13/11/06) , Fatah dan Hamas
bersepakat melantik Mohammad Abu Shbeir sebagai ketua
Kerajaaan Campuran. Abu Shbeir telah bersetuju dan akan membuat
kenyataan rasmi tentang isu tersebut dalam masa terdekat.


Marzouq Abu Marzouq, timbalan presiden Hamas berkata , Hamas dan Fatah telah
bersetuju atas perlantikan tersebut akan mengumumkannya secara rasmi penhujung
bulan ini. Sementara itu, Abu Shbeir berkata, beliau bukan merupakan ahli kepada
mana2 fraksi politik dan beliau antara yang dicalonkan oleh Hamas kepada Presiden Palestin
sebagai calon yang sesuai. Shbeir , 60 tahun, merupakan presiden kepada Universiti Islam di Jalur
Gaza dan rapat dengan pergerakan Hamas tetapi bukan merupakan ahli.

Menurut Jebril Rajoub, penasihat keselamatan kepada Presiden Palestin, setakat ini
tiada bantahan daripada pihak Fatah tentang perlantikan tersebut. “Agenda kerajaan
ini lebih utama daripada individu “, ujarnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.