Haneyya: Penyatuan kerajaan akan dibentangkan kepada penduduk Palestin.


Selasa, 14/11/06 –
Wakil tertinggi PA Ismail Haneyya pada Isnin lepas mengesahkan bahawa perjanjian terhadap kesatuan kerajaan nasional akan di persembankan kepada penduduk palestin selesai sahaja perjanjian tersebut dan menambah bahawa tidak ada nama yang dibentangkan setakat ini oleh Hamas dan wakilnya untuk jawatan premier atau wakil tertinggi di dalam kerajaan.

Haneyya yang menghadiri satu persidangan baru di antara Hamas dan gerakan Fatah dalam menuju kesatuan kerajaan bersama kehadiran komiti tertinggi nasional dan pergerakan Islam menjangkakan bahawa persidangan tersebut akan bergerak maju dalam beberapa hari akan datang.

Beliau memberitahu sidang akhbar bahawa adalah terlalu awal untuk ebrcakap mengenai pembahagian potfolio menteri dan menjelaskan bahawa ahli sidang sedang membentangkan satu asas dan peraturan ke arah pembahagian tersebut.

Ditanya mengenai pencalonan professor Mohammed Shubair sebagai wakil yang paling dikatakan akan membentuk kerajaan baru, beliau menyebut bahawa Hamas tidak mencadangkan mana-mana calon kepada ketua PA, Mahmoud Abas.

Beliau menjelaskan bahawa isu sekarang ini ialah bukan lagi mengenai perbezaan dengan Abbas, dan menambah bahawa perdana menteri baru akan di pilih selari dengan tujuan kesatuan kerajaan.

Untuk bahagiannya, Ahmad Qurei, ketua delegasi Fatah berkata bahawa perjanjian ke arah kesatuan tersebut akan diumumkan tidak lama lagi dan menambah bahawa kesemua parti sedang berbincang kea rah isu dengan penuh tanggungjawab.

Qurei mengumumkan bahawa Abbas akan tiba di Gaza pada Khamis atau jumaa ini di mana kerja yang lebih serius akan bermula.

Dia berharap bahawa sekatan yang dikenakan ke atas penduduk Palestin akan ditarik balik selepas penubuhan kesatuan tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.