Haneya Sambut Keputusan Pemimpin-pemimpin Arab


Selasa, 14/11/06 –
Perdana Menteri Palestin,Ismael Haneya menyambut baik keputusan menteri-menteri luar Arab yang akan membebaskan rakyat Palestin dari sekatan dunia disebabkan pembentukan kerajaan pemerintahan yang dipimpin Hamas.


Keputusan ini diambil pada hari Ahad (13/11), sebagai tindakbalas keatas kezaliman Israel di Beth Hanon terhadap 87 orang wanita dan kanak-kanak Palestin.
Haneya menganggap keputusan tersebut sebagai tanggungjawab dalam mempertahankan nyawa rakyat Palestin. Beliau berharap para pemimpin Arab dapat mengambil langkah-langkah konkrit dalam merealisasikan keputusan ini.

Dalam pertemuan terahir di Kaherah kelmarin, para pemimpin bersepakat mengakhiri sekatan dunia terhadap rakyat Palestin. Mereka juga bersepakat mengecam pembunuhan kanak-kanak dan penduduk awan di Beth Hanon kelmarin. Mereka menganggap perbuatan Israel itu sebagai jenayah perang.
Dalam salah satu pernyataannya, para menteri Arab membantah tindakan Amerika menggunakan kuasa vetonya terhadap resolusi konflik Israel di Beth Hanon. Mereka menganggap apa yang dilakukan Amerika sebagai tindakan yang tidak berperikemanusian serta secara tidak langsung menyokong Israel untuk meneruskan aksi-aksi biadap terhadap rakyat Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.