Hamas, Fatah Sepakat-Shabir Dijangka Perdana Menteri Baru Palestin


Selasa, 14/11/06 –
Sumber Hamas menyatakan, pihaknya sedang melakukan kesepakatan dengan presiden Mahmud Abbas berkaitan perlantikan perdana menteri Palestin yang baru.

Sementara itu, sumber tempatan menyebutkan, Prof. Muhammad Ied Shabir, mantan Rektor Universiti Islam Gaza adalah calon yang paling tepat untuk menjawat jawatan perdana menteri Palestin menggantikan Ismael Haneyyah.

Pernyataan ini dinyatakan oleh Dr. Nazar Royan, salah seorang pemimpin Gerakan Hamas. Beliau menyebutkan bahawa Hamas telah sepakat memilih calon perdana menteri yang baru selain daripada menteri kesihatan Palestin, Dr. Basem Naim yang pernah diusulkan Hamas sebelumnya.

Sementara itu Wakil Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Musa Abu Marzuq menegaskan bahawa pihaknya bersama Abbas telah sepakat memilih calon perdana menteri yang baru. Namun beliau menolak untuk mengumumkan namanya. Namanya akan diumumkan kemudian apabila sampai waktunya,menurut beliau.

Menurut sumber media Palestin, Hamas dan Fatah hampir sepakat terhadap pemilihan Dr. Muhammad Eid Shabir sebagai perdana menteri yang baru mengalahkan calon-calon lain. Shabir dilihat mempunyai hubungan luas dengan dunia Arab dan antarabangsa.

Pihak Hamas mengatakan, pemilihan calon perdana menteri sebenarnya sudah dibahas dalam beberapa pertemuan dengan Mahmud Abbas sebelum ini. Namun mereka belum mendapat calon terbaik yang dipersetujui kedua-dua belah pihak. Ini kerana pemilihan calon perdana menteri yang baru dilakukan untuk mendapat jaminan pembebasan embargo dari Amerika dan Eropah.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.