Pejuang Qassam cedera dalam serangan dengan rejim Israel


Rabu, 15/11/06 –
Salah seorang ahli Bridge Qassam, sayap Pergerakan Hamas, mengalami kecederaan teruk ketika berhadapan dengan tentera rejim Israel di Beit Hanun, utara jalur Gaza pada malam Ahad lepas.


Sumber perubatan memberitahu Mohammed Abdullah Mikhaz, 21, meninggal dunia di salah sebuah hospital Mesir dimana beliau telah dipindahkan selama seminggu kerana kecederaan yg teruk.

Bridge Qassam masih bersedih ketika mengeluarkan kenyataan ini, sambil memberitahu Allahyarham Mikhaz mengambil bahagian dalam memecahkan pertahanan rejim Israel yg mengepung pejuang Palestin di mesjid Al-Nasr di Beit Hanun dan mendapat kecederaan parah.

Kematian ini telah menyebabkan mereka yg syahid di Beit Banun meningkat menjadi 88 sejak 1hb November lalu dan dijangka meningkat lagi mengikut keadaan pejuang Palestin yg parah yg kini berapa di beberapa hospital di Mesir.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.