Dahlan Tuduh Abbas Sembunyikan Pembunuh Arafat

Khamis , 20-03-2014 – Mantan pemimpin Fatah, Muhammad Dahlan menuduh presiden otoriti, Mahmud Abbas dalam wawancaranya dengan stesyen televisyen “Dream 2” Mesir. Beliau membantah pernyataan Mahmud Abbas beberapa hari lalu di hadapan Dewan Revolusi.

Beliau mengatakan, pernyataan yang dilontarkan presiden Abbas tidak benar. Mahmud Dahlan menafikan bahawa dia terlibat dalam pembunuhan Yasir Arafat. Beliau mengatakan, hubunganya dengan Arafat sangat rapat, walaupun terdapat beberapa perbezaan dalam cara kerja antara keduanya.

Sebelumnya, Abbas melancarkan tuduhan terhadap Dahlan bahawa beliau berada disebalik pembunuhan Yasir Arafat dan dua aktivis serta pemimpin Palestin lainnya. Selain itu beliau juga dituduh terlibat dengan korupsi dalam pemerintahan Tebing Barat dan Semenanjung Gaza serta beberapa negara Arab yang lain.

Dahlan kemudian menjelaskan tentang seorang pengawal peribadi Yasir Arafat yang dituduh sebagai suspek utama pembunuhan Arafat. Dia telah ditangkap dan disoalsiasat. Namun Mahmud Abbas membebaskannya dan melarikan diri ke luar negara. Dahlan menambah lagi, seorang doktor Palestin yang sering bertemu dengan Arafat telah dibunuh di Ramallah. Dahlan mengatakan, yang membunuh Arafat bukan Israel, tanyakan sahaja kepada Abbas.

sumber : COMES
penterjemah : Osman