IOA luluskan pembinaan 186 unit penempatan di OJ

Rabu , 26-03-2014 – Pihak berkuasa Penempatan Israel (IOA) yang juga dikenali sebagai Jawatankuasa Perancangan dan Pembinaan Israel telah meluluskan pembinaan 186 unit perumahan baru di BaitulMuqaddis pada Rabu lalu.

Menurut sumber media Hebrew, 40 unit penempatan akan dibina di penempatan Pisgat Ze’ev manakala 146 unit lagi di penempatan Har Homa di kawasan selatan Baitulmuqaddis. Pepe Alalu, seorang ahli jawatankuasa pembinaan dari parti sayap kiri Meretz, mengatakan bahawa majlis perbandaran Israel di Baitulmuqaddis giat memperhebatkan lagi usaha mereka dalam meluluskan projek pembinaan penempatan ketika fokus pemimpin-pemimpin dunia tertumpu kepada krisis Crimea.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syarira