OKI: Pengganas Israel Bertanggungjawab Melindungi Tempat-tempat Suci


COMES:- Dalam rangka mengingati kembali 35 tahun selepas peristiwa pembakaran Masjid al Aqsa oleh teroris radikal Yahudi pada 21 Ogos 1969, Organisasi Muktamar Islam OKI hari telah mengeluarkan kenyataan yang antara isi kandungan kenyataan itu adalah rejim Zionis Israel harus bertanggungjawab menjamin perlindungan ke atas seluruh tempat-tempat suci Palestin dari serangan-serangan puak radikal Yahudi.

Organisasi Islam yang berpejabat di Jedah Arab Saudi ini dalam kenyataannya mengatakan, “Sesungguhnya Israel bertanggungjawab penuh terhadap dunia Islam khususnya dan dunia antarabangsa pada amnya untuk memberikan jaminan perlindungan terhadap tempat-tempat suci Palestin.” Ini berikutan adanya ancaman serangan meletupkan masjid al Aqsha dari kelompok radikal Yahudi.

Dalam kernyataannya lagi, OKI meminta “Rejim Zionis Israel untuk memberikan komitmen dan kerjasama terhadap perjanjian-perjanjian dan konvensional antarabangsa, terutama konvensional Geneva IV. Ini bertujuan agar kerajaan haram Israel segera mengambil langkah-langkah penting bagi mengatasi kaum radikal dalam merencanakan dan memprovokasi tindakan yang bertujuan menhancurkan tempat-tempat suci di kota al Quds dan di tempat-tempat lain.”

Organisasi yang dianggotai oleh negara-negara Islam ini juga menyeru kepada seluruh masyarakat antarabangsa untuk melakukan tindakan yang sama agar Israel bertanggungjawab melindungi dan menghormati tempat-tempat suci Islam. Pihaknya mengingatkan bahawa dalam keadaan apa sekalipun, bahaya yang mengancam masjid al Aqsha dan tempat-tempat suci Islam akan menimbulkan reaksi dari umat Islam di seluruh dunia.

OKI juga menyerukan kepada negara-negera yang menjadi anggota organisasi ini agar terus memberikan pelbagai bentuk dokongan dan sokongan terhadap perjuangan Palestin yang adil untuk mengakhiri penjajahan dan mengembalikan hak-hak nasional secara total kepada Palestin dalam mendirikan negera mereka yang merdeka dengan ibukota al Quds.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.