Israel membuka semula sempadan Abu Salem di Selatan Gaza.

Isnin , 21-04-2014 – Pihak berkuasa Israel memutuskan pembukaan semula sempadan Karam Abu Salem di selatan Semenanjung Gaza pagi rabu selepas penutupannya yang berterusan bagi tempoh dua hari berturut-turut.

Ketua Jawatankuasa Penyelarasan Kemasukan Barang-Barang ke Semenanjung Gaza, Raed Fattouh dalam satu kenyataan kepada wakil “Safa” bahawa, pihak berkuasa Israel akan membuka semula sempadan Karam Abu Salem seperti biasa sambil menegaskan bahawa berlaku kemasukan 300 buah lori.

Beliau menyatakan bahawa lori-lori tersebut membawa barang-barang bagi sektor komersial, pertanian dan pertolongan selain 9 buah lori membawa simen, sebuah lori membawa besi binaan dan 38 buah lori membawa kerikil bagi projek-projek bantuan.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : nadhirah