Menteri Luar Israel menuntut pemansuhan hak pelarian Palestin untuk pulang.


Khamis, 23/11/06 –
Menteri Luar Israel, Tzipi Livni, meminta masyarakat antarabangsa terutamanya Negara-negara yang mempunyai pelarian Palestin agar memansuhkan hak pelarian untuk pulang ke Negara asal mereka

Livni yang berucap malam tadi di Pusat Penyelidikan Antarabangsa di London berkata bahawa rancangan keamanan di Timur Tengah tidak menyebut mengenai hak pelarian-pelarian tersebut untuk pulang ke Negara mereka. Beliau juga menyeru ‘negara-negara moderate’ di Timur Tengah agar bersatu dalam usaha menangani pengganas yang mengancam keamanan di kawasan itu.

Lebih kurang 5juta rakyat Palestin hidup sebagai pelarian di merata-rata Negara selepas bapa-bapa mereka diusir keluar dari Palestin pada tahun 1948 ketika Yahudi melakukan pembunuhan secara beramai-ramai

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Pelarian PA meminta kerajaan Iraq dan semua ulama agar masuk campur dan melindungi pelarian Palestin di Negara-negara Arab yang sedang dijajah oleh Amerika. Dalam kenyataannya, menteri itu berkata bahawa pihak tentera Iraq telah mengganggu dan mengusir pelarian Palestin di Negara itu secara sistematik. Beliau melahirkan rasa dukacita di atas layanan buruk berterusan yang diterima oleh pelarian Palestin di Iraq. Mereka dituntut meninggalkan Negara itu atau terpaksa menghadapi kematian. Seramai 85 orang pelarian Palestin telah dibunuh di Irqa sejak tahun 2003 manakala ramai lagi ditahan di penjara-penjara Iraq atau Amerika tanpa dibicarakan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.