Zahhar bertemu Timbalan Presiden Syria.


Khamis, 23/11/06 –
Menteri Luar Palestin, Dr Mahmoud Zahhar , telah bertemu dengan Timbalan Presiden Syria, Dr Farouk Al-Shara’a di kota Damascus di mana perbincangan berkisar tentang isu panas di Timur Tengah termasuk perkembangan terkini isu Palestin.


Menurut kenyataan yg dikeluarkan daripada kementerian luar negeri, pertemuan ini membincangkan cara untuk mengakhiri krisis
penjajahan rejim Zionis ke atas tanah Palestin. Perbincangan tersebut mengenengahkan keputusan yg di buat semasa persidangan kementerian
luar negara2 Arab di Cairo dan juga persidangan OIC di Jeddah bagi memecahkan sekatan ekonomi ke atas kerajaan pimpinan Hamas di Palestin.

Isu penangkapan rejim Zionis, Gilad Shalit turut di usulkan di mana Dr Mahmoud menyatakan pendirian bahawa penukaran Gilad dengan tahanan2 Palestin
yg termasuk kanak2, wanita2 dan juga orang2 tua wajar di laksanakan.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.