Buka Pintu Jihad Lawan Zionis

KAHERAH, 20/4/2004 ? Mursyid ‘Am Ikhwanul Muslimin, Al-Fadhil Ustaz Mahdi Akef menyeru para pemerintah Arab supaya membuka jalan bagi rakyatnya; agar dapat membalas kebiadaban zionis Israel terhadap segala yang berbau Arab dan Islam.

Pernyataan ini disampaikan oleh Mursyid Ikhwan kepada stesyen Aljazeera selepas pembunuhan keji oleh helikopter penggempur zionis Israel ke atas Dr. Abdul Aziz Rantisi. Akef menegaskan bahawa tidak ada lagi ruang untuk berkata-kata tetapi yang wajib dilakukan adalah kerja nyata.


Pembunuhan Rantisi adalah kerana telah mendapat lampu hijau dari Rumah Putih. Oleh sebab itu, mesti ada tindakan nyata menghentikan segala bentuk hubungan dengan Amerika dan zionis Israel. “Kami tidak ingin bermusuhan dengan pemerintah kami; namun yang kami inginkan adalah mereka bekerja sama dengan kami dan membiarkan kebebasan kepada rakyat agar dapat melakukan pemboikotan terhadap zionis Israel dan Amerika. Semua pihak mesti berdiri dalam satu tubuh ? pemerintah dan rakyat ? untuk menghentikan kebiadaban terhadap norma-norma, negara-negara Arab dan dunia Islam ini,” demikian tegas Akef menambah.

Akef mengatakan, “Apabila semalam zionis Israel telah membunuh dengan kejam Syeikh Yasin dan hari ini giliran Dr. Rantisi, maka tidak menutup kemungkinan bahawa esok mereka akan terus membunuh sesiapa saja yang mereka kehendaki di semua negara Arab. Semalam Fallujah telah terbakar hancur dibanjiri darah, kita pun tidak mendengar ada pemimpin Arab yang bergerak untuk itu. Semalam saya telah menghubungi Presiden Palestin Yaser Arafat dan mengatakan kepadanya, Anda harus melakukan perjuangan penentangan dan meninggalkan perbicaraan tentang penyelesaian damai yang tidak memberi makna kepada zionis Israel kecuali penyerahan (Anda).”

Akef menegaskan bahawa ketika ini tidak ada jalan lain kecuali perjuangan penentangan, memutuskan segala bentuk hubungan dan mengusir para duta besar mereka. Apabila di sana telah ada perjanjian maka perjanjian itu mesti dibatalkan, kerana zionis Israel dan Amerika telah menghancurkan perjanjian Camp David dari pihak mereka, juga telah menghancurkan semua teks yang menegaskan kembalinya para pelarian Palestin ke dalam wilayah sempadan 4 Jun 1967.

Akef menegaskan bahawa pembunuhan keji yang dilakukan oleh tangan-tangan zalim zionis Israel terhadap mujahid Abdul Aziz Rantisi ? pemimpin politik Hamas di Gaza ? tidak lain adalah cermin politik “barbarian” yang telah menguasai dunia yang diketuai oleh Amerika, yang telah menjadi pihak yang berhak memberikan kebenaran permusuhan terhadap hak warga tidak berdosa di Palestin, Iraq dan yang lainnya. Yang telah menunggang terbalikkan parameter kebenaran dan hakikat, maka pemilik negeri dijadikan sebagai pengganas dan kepada para penjenayah dan penjajah diberikan kebenaran undang-undang untuk terus wujud dan berkuasa.

Akef melihat bahawa kejahatan zionis Israel ini tentunya tidak akan terjadi begitu saja kecuali kerana kelemahan negara-nagara Arab dan dunia Islam yang tidak menunaikan kewajibannya menghadapi para thagut pembunuh barbarian, yang tidak menaruh rasa hormat sedikitpun terhadap setiap orang yang bernama mukmin. Apa yang tinggal ialah kita menunggu sehingga para pemimpin dan rakyat negara-negara Arab dan dunia Islam melakukan balasan yang nyata di atas kebiadaban ini. Akef juga menyampaikan rasa hormatnya kepada para mujahid Palestin dan Iraq atas perjuangan penentangan dan perlawanan mereka menghadapi kekuatan zalim ini.