Pelbagai Pihak Bentuk Jaringan Sokong Kerajaan Perpaduan

Selasa, 06-05-2014 - Beberapa yayasan dan pertubuhan masyarakat sivil serta sejumlah tokoh nasional mahupun ahli akademik di Nablus menyeru untuk membentuk susunan gerakan yang besar bagi menyokong kerajaan perpaduan nasional Palestin.

Mereka juga menyeru pembentukan jaringan pendamai untuk menjamin terlaksananya kerajaan perpaduan dan pentingnya meningkatkan semangat positif serta menyingkirkan semua bentuk unsur negatif yang akan menghalang pelaksanaannya.

Dalam keteranganya kepada lembaga-lembaga pendukung kerajaan perpaduan menyeru pihak-pihak berkaitan agar segera merealisasikan kesepakatan dan menyokong jawatankuasa yang lahir dari kesepakatan tersebut agar dapat bekerja secara bebas. Mereka juga menyeru agar semua pihak untuk mendukung kesepakatan perpaduan ini secara saksama. Tindakan awal adalah dengan memberhentikan penangkapan terhadap ahli politik serta dibuka kembali beberapa organisasi yang telah dibekukan. Semua pihak hendaklah maju ke hadapan dalam satu barisan dalam melindungi dan membela hak-hak dan masalah rakyat Palestin.

sumber : COMES
penterjemah : Osman

Comments are closed.