PANAS !! Perisikan Israel: Al-Qassam Keluarkan Roket Katyosha 3 Bulan Lagi


Jumaat, 24/11/06 –
Sumber perisikan Zionis Israel menunjukan kegusaran besar kemungkinan peningkatan teknologi roket Brigade Izzuddin al Qassam, sayap militan gerakan Hamas.
Pihaknya menjangkakan dalam waktu terdekat al Qassam mampu mengeluarkan roket jenis Katyosha bahkan lebih canggih dari jenis Katyosha yang ada sekarang.


Mengutip kekhawatiran sumber perisikan Israel, harian Israel berbahasa Ibrani Yediot Aharonot menyebutkan, “Maklumat yang diperolehi perisikan Israel adalah dari sumber yang sangat dipercayai. Para pakar Hamas mampu mengeluarkan roket Katyosha berskala 122 mm, dengan membawa bahan peledak seberat 5 kg atau lima kali lebih besar dari
roket al-Qassam yang ada sekarang. Proses mengeluarkan roket ini akan mengalami perkembangan cepat sehingga boleh digunakan dalam tempoh 3 bulan akan datang.”

Menurut sumber militan Zionis, yang dipetik Aharonot, para pakar senjata Hamas berupaya mengubahsuai roket Grad keluaran Rusia. Pengubahsuaian roket buatan Rusia ini adalah pencapaian besar yang dilakukan Hamas. Menurut sumber militan Israel itu lagi, roket-roket al Qassam sendiri ketika ini telah banyak mengalami peningkatan kemampuannya dan sangat efektif mengenai sasaran. Ini kerana gerakan Hamas berjaya memasang alat kawalan pada roket yang dilepaskan dengan penambahan daya jangkauan
dan daya ledakan.

Sumber perisikan Israel menegaskan, kesan kemajuan teknologi Hamas akan mengancam
beberapa penempatan Yahudi di Keryat Jat dan seluruh wilayah Asqalan dan pantai Utara Israel. Kawasan strategik dengan pelbagai kemudahan di daerah ini akan menjadi sasaran serangan roket pejuang. Daya jangkauan roket Katyosha yang baru ini mampu mencapai jarak 20 km. Sementara roket al Qassam yang ada sekarang mampu mencapai
jarak 12 km.

Pihak perisikan Israel mengingatkan pihak tenteranya agar segera berusaha menghentikan serangan roket-roket pejuang Palestin, supaya ia tidak menjadi tragedi dan memberikan kesempatan kepada Hamas untuk lebih giat mengembangkan kekuatan
bersenjatanya. Menurutnya, kumpulan-kumpulan pejuang Palestin sekarang ini telah memiliki informasi teknologi yang tidak pernah dibayangkan oleh Israel sebelumnya.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.