Remaja Palestin di tembak.


Selasa, 28/11/06 –Rejim Israel menembak remaja Palestin di bandar Beit Lahia utara Gaza dan menangkap beberapa mereka menjadikan kesemua 5 org dalam masa 10 jam.


Sumber perubatan berkata Mohammed Al-Jirjawi, 19, ditembak dengan missil oleh rejim Israel di bandar Sheikh Zayed timur Beit Lahia.

Sementara itu, kapalterbang rejim Israel turut menembak sebuah kedai tukaran wang di bandar Gaza. Serangan dibuat adalah atas arahan kabinet keselamatan Israel yg mengarahkan serangan kepada institusi Palestin.

Sumber berkata Israel menggunakan helikopter jenis Apache menembak dan memusnahkan kedai pertukaran wang Hirzallah di bandar Gaza dan merosakkan beberapa kedai di kawasan bangunan kedai tersebut.

Dalam serangan kedua, kapalterbang Israel mensasarkan serangan ke khemah perlarian di barat Gaza tetapi tidak menepati sasaran dan mengena di kawasan terbuka di kelab sukan Shati.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.