Israel Langgar Perjanjian, 2 Warga Jenin Syahid.


Selasa, 28/11/06 –
Belum sehari berlalu kesepakatan gencatan senjata antara kumpulan pejuang
Palestin dengan Israel, tiba-tiba dengan bengis dan biadab pasukan Israel membunuh
dua warga Palestin di daerah Qabatia, Jenin (Gaza Utara).


Semalam (27/11) pasukan Israel kembali melanggar kesepakatan gencatan senjata dengan
membunuh Abdurrazaq Abu Bakar (22 tahun) salah seorang mujahid Brigade Nashriruddin,
sayap ketenteraan Front Kerakyatan.

Pagi itu, sejumlah tentera Israel mengepung rumah Abu Bakar dan berlaku
tembak-menembak seketika hingga akhirnya beliau syahid.

Ketika Fatimah Sharem Nazal (50 tahun) berusaha menguruskan mangsa, dengan bengisnya
tentera Israel menembak nenek 50 tahun tersebut hingga terjatuh bersimbah darah.
Beliau meninggal dalam perjalanan ke hospital di Jenin.

Sementara itu, menurut para saksi dan sumber tempatan, tentera Israel menyerang
daerah Qabatia dari pelbagai penjuru. Lebih dari 30 kenderaan tentera mengepung
daerah tersebut. Mereka menghancurkan sejumlah rumah penduduk dan menjadikannya pos
tentera.

Sebelumnya kumpulan pejuang Palestin menegaskan bahawa gencatan senjata berlaku di
seluruh wilayah Palestin, bukan terhad di Semenanjung Gaza sahaja (kawaasan
pelancaran roket). Oleh itu setiap pelanggaran di Tebing Barat akan mendapatkan
imbuhan pembalasan sebagaimana pelanggaran di Gaza.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.