Mahkamah Israel menolak permohonan MP Kufaisheh

Jumaat , 16-05-2014 - Mahkamah Ketenteraan Ofer telah menolak permohonan yang diserahkan oleh MP Hatem Kufaisheh, dari al-Khalil, yang menentang keputusan mahkamah untuk melanjutkan penahananannya.

MP Kufaisheh telah diculik oleh Pihak Berkuasa Regim Zionis Israel pada bulan April 2013 dan ditahan selama enam bulan sebelum dilanjutkan selama enam bulan lagi, menurut isterinya. Pada hari dia sepatutnya dilepaskan tiga bulan lepas, penguasa penceroboh Israel melanjutkan penahanannya selama enam bulan untuk kali ketiga berturut-turut. MP Kufaisheh sebelum ini telah memohon untuk menentang arahan mahkamah.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/
penterjemah : nor syuhada

Comments are closed.