Haniyya berjumpa ketua perisik Omar Suleman.


Rabu, 29/11/06 –Ghazi Hamad, jurucakap Kerajaan Palestin, berkata Perdana Menteri,Ismail Haniyaa mengadakan pertemuan denga ketua Perisikan Mesir, Omar Suleiman pada malam Selasa (28/11/2006).


Hamad menyatakan pertemuan itu telah membuahkan hasil yang “positif dan membina”, dan dua pegawai itu telah membincangkan bebeberapa isu utama antaranya mengenai pengepungan yang dikenakan ke atas Rakyat Palestin, pembentukan kerajaan nasional bersama dan lain-lain isu yang berkaitan.

Haniyya berkata keputusan Liga Arab untuk memecahkan sekatan itu harus diterjemahkan kepada tindakan, dan menekankan Mesir akan memainkan peranan penting di rantau ini.

Haniyya dan Suleiman membincangkan juga isu terhadap penculikan askar Israel, Gilad Shalit, dan pengantaraan Orang Mesir dengan Israel mengenai penukaran seorang banduan.

Suleiman berkata beliau akan melawat Israel pada hari Rabu membincangkan isu ini dengan Israel.
Haniyya dijangka akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri Luar Negeri Mesir, Omar Abu Al Gheit, dan melawat mangsa Palestin yang tercedera di mana menerima rawatan di Mesir.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.