Pengganas Israel serang Jenin, 4 pemuda ditangkap


COMES: Jenin ? Pengganas Israel pagi semalam menyerang kampung Arafah barat Jenin dengan melepaskan tembakan bertubi-tubi. Kejadian menggeledah dan menangkap turut dilakukan oleh pengganas Zionis. Empat pemuda Palestin turut ditangkap oleh pengganas Zionis Israel.

Seperti yang dikeluarkan oleh Markaz Filistini Lili?lam bahawa saksi melihat pengganas Israel menyerang perkampungan dengan tembakan bertubi-tubi ke arah rumah-rumah warga di kampung tersebut. Pengganas Israel kemudian menggeledah dan menangkap tiga pemuda bersaudara, Mustafa Ghazi (30), Abdul Fattah (24) dan Abdul Munim (22) dan juga menangkap sepupu mereka Muhammad Mahmud Wakid (33).

Pada 20hb yang lalu, pengganas Israel menyerang kampung ini dan melarang penduduk disitu keluar masuk serta melakukan penggeledahan secara meluas.

Di Betlehem dilaporkan, pengganas Israel menyerang kem pelindungan Izzah utara Betlehem. Semua pintu gerbang ditutup dan mengepung rumah Jihad Adawiah dan turut melakukan kekasaran. Sebahagian anggota keluarga Adawiah dipukul dan diperlakukan secara kasar. Rumah beliau turut mengalami kerosakan akibat tindakan ganas pengganas Zionis Israel. Adawiah menyatakan, pengganas Israel yang sebelum ini telah menangkap anak mereka Farras (21) dan saudaranya Muhammad. Anak-anaknya yang kini ditempatkan di pejabat badan perisikan pengganas Israel di perkampungan Kafr Atsiun. (ATB)

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.