Zehar Bawa Masuk USD20 Juta Ke Palestin Hasil Kunjungan Ke Luar Negara.


Khamis, 30/11/06 –
Di tengah kemelut pelbagai sekatan dan embargo antarabangsa, Menteri luar
Palestin Mahmud Zehar pulang dari kunjungan diplomatik ke Semenanjung Gaza melalui
pintu masuk yang bersempadan dengan Mesir di Rafah, wilayah selatan Semenanjung
Gaza. Beliau membawa USD20 juta untuk rakyat Palestin, yang dikumpulkan sewaktu
kunjungan di luar negeri.


Sumber-sumber keselamatan di pintu masuk Rafah, Selasa malam (28/11) mengatakan,
?Hari ini Menteri Luar, Zehar sampai di Semenanjung Gaza dengan membawa sekitar
USD20 juta. Dana tersebut adalah hasil sumbangan yang dikumpulkan ketika kunjungan
ke negara-negara Arab dan Islam.? Pihak keselamatan di pintu masuk Rafah mengizinkan
Dr. Zehar melintas dengan membawa masuk wang tersebut”.

Para menteri luar Arab mengambil keputusan untuk menamatkan embargo terhadap rakyat
Palestin secepat mungkin. Keputusan ini masih dikaji sejak lebih 2 minggu lalu
mengenai mekanisme memasukan dana ke Palestin ketika rakyat Palestin hidup dalam
tekanan dan keperitan ekonomi.

Tindakan membawa masuk dana ke Semenanjung Gaza melalui pintu Rafah adalah tindakan
‘berani’ para menteri kerajaan Palestin ketika ini dan para anggota dewan legislatif
dari fraksi ?perubahan dan reformasi? yang mewakili gerakan Hamas. Ia bertujuan
untuk ‘memecahkan’ embargo ekonomi yang dikenakan terhadap kerajaan dan rakyat
Palestin.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.