Rejim Zionis Menutup Sempadan Rafah Berikutan Kepulangan Zahhar


Khamis, 30/11/06 –
Penempatan Rejim Zionis pada hari Rabu(29/11/2006) telah menutup terminal Rafah, Oleh yang demikian segala perjalanan Rakyat Palestin masuk dan keluar dari Semenanjung Gaza tersekat dan bertentangan dengan perjanjian yang adakan sebelum ini selama dua hari iaitu pada hari Selasa dan Rabu.


Radio Israel berkata keputusan ini dibuat adalah bersangkut paut dengan pasukan pemerhati dari Eropah , membayangkan bahawa penutupan adalah disebabkan oleh kepulangan Pa menteri luar negeri Dr. Mahmoud al Zahhar ke Gaza dari lawatan ke negara luar bersama-sama wang tunai yang dibawanya sebanyak kira-kira 40 juta US dolar.

Badan penyiar itu juga berkata Zahhar membawa wang hasil derma dan pemberian semasa lawatan ke sebilangan negara Arab dan negara-negara Islam akhir-akhir ini.

Jurucakap pasukan misi Eropah mengulas membantah keputusan dengan jelas yang dibuat oleh Rejim Zionis terhadap Zahhar, mereka(pemerhati-pemerhati) berkata Rejim Zionis tidak boleh menghalang kembalinya Zahhar bersama-sama dengan wang tunai. Beliau berkata,pemerhati-pemerhati hanya boleh menfailkan aduan bagi pihak Penduduk Palestin atas peristiwa tersebut.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.