Haneyya di Cairo: Menyeru Arab hentikan sekatan.


Khamis, 30/11/06 –
Perdana Menteri PA Ismail Haneyya menegaskan bahawa penduduk Arab mesti melaksanakan resolusi yang dipersetujui oleh menteri-menteri luar Arab di Cairo tiga minggu yang lepas.

Beliau turut menyeru agar mereka menghentikan sekatan ekonomi ke atas rakyat Palestin. Kedatangan Haneyya ke Cairo menarik perhatian apabila beliau bertemu dengan ketua perisikan Mesir Omar Suleiman di ibu kota Cairo Selasa malam sambil menambah bahawa Mesir boleh memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan keputusan yang dibuat oleh dunia Arab

Jurucakap PA, Dr.Ghazi Hamad yang menyertai lawatan Haneyya menjelaskan bahawa rundingan di antara perdana menteri itu dan Omar berjaya dan kedua-duanya telah membincangkan beberapa isumengenai Palestin dan Arab. Di dalam kenyataan media yang dibuat selepas mesyuarat itu, Haneyya menyatakan bahawa Suleiman akan pergi ke Tel Aviv untuk bertemu dengan kerajaan Israel bagi mencadangkan pertukaran banduan kepada rejim Israel. Beliau menambah bahawa ‘di sana terdapat lebih 10,000 penduduk Palestin di dalam sel-sel penjara Israel yang menunggu sinar mentari kebebasan agar mereka dapar bertemu dengan insane tersayang.’

Beliau turut berkata bahawa paksi-paksi di Palestin telah menerima secara kolektif penubuhan sebuah Negara Palestin merdeka di atas seluruh tanah Palestin yang dikuasai Israel pada tahun 1967 dan menjadikan BaitulMaqdis sebagai ibu kotanya. “Bolanya adalah kuasa antarabangsa dan kawasan Arab. Maka sesiapa yang mahu keamanan dan kestabilan di kawasan itu mestilah membantu rakyat Palestin demi merealisasikan impian itu.” Tegas Perdana Menteri.

Bercakap mengenai perkembangan terbaru mengenai penubuhan kerajaan campuran, Haneyya menegaskan bahawa parti-parti di Palestin telah mencapai beberapa persetujuan. Beliau turut berkata bajawa kerajaannya ‘telah pergi jauh bersama sasaran untuk menjayakan rundingan itu.’ “Akhirnya kita mesti membentuk sebuah kerajaan campuran dalam usaha melindungi kepentingan kebangsaan, menghentikan pertikaian dalaman di kalangan paksi-paksi Palestin dan menyatukan semua rakyat di atas satu landasan dalam perjuangan mereka menentang Israel,” ujar Haneyya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa deklarasi keamanan yang dicapai adalah melibatkan Tebing Barat dan tidak hanya terhad kepada Semenanjung Gaza semata-mata memandangkan kedua-duanya tidak boleh dipisahkan. Beliau memberi amaran bahawa tindakan tentera IOF yang berterusan menceroboh Tebing Barat akan menggagalkan deklarasi tersebut.

Haneyya melakukan lawatan pertama kali selepas memegang jawatan Perdana Menteri demi mendapatkan sokongan lebih besar daripada masyarakat Arab dan muslim terhadap rakyat Palestin. Menurut sumber yang rapat dengan beliau, beliau dijangka akan meneruskan lawatan ke Syria, Arab Saudi dan Qatar.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.