Pemimpin politik Hamas dipenjara 22 bulan


Rabu, 13/12/06 –
Mahkamah ketenteraan Israel Selasa lalu menjatuhkan hukuman penjara 22 bulan ke atas Dr. Mohammed Ghazal, salah seorang pemimpin politik Hamas di bandar Nablus selepas menghabiskan masa selama 15 bulan di salam penjara tanpa perbicaraan atau tuduhan.

Peguan Fares Abul Hassan dari Institut Antarabangsa Tadamin (perpaduan) berkata bahawa Dr.Ghazal, seorang pensyarah di Universiti Najah di Nablus telah ditahan selama 3 bulan tanpa tuduhan sebelum kesnya dirujuk kepada mahkamah ketenteraan. Beliau menjelaskan bahawa mahkamah ketenteraan Salem telah menjatuhkan hukuman itu dan pemimpin tersebut telah ditahan pada 25/9/2005.