Haniyah: Kami Tidak Akan Biarkan Perusuh


Khamis, 14/12/06 –PM Palestin, Ismael Haniya mengecam keras terhadap pembunuhan hakim Basam Al Fara di Khan Yunis oleh kumpulan yang tidak dikenali dan kerajaan Palestin tidak akan membiarkan kumpulan perusuh tersebut lepas bebas

Dalam sidang akhbarnya di ibukota Khartoum yang merupakan destinasi terakhir kunjungannya ke negara-negara Arab, fenomena pembunuhan berlatar belakang politik merupakan budaya asing dalam masyarakat Palestin. Kejadian malang ini menurut Haniya adalah mengalihkan kompas Palestin sesuai dengan kehendak Israel. PM menegaskan akan menghalang semua usaha kumpulan perusuh yang ingin betempur sesama sendiri.

Pihak Kementerian Dalam Negeri Palestin akan melakukan penyelidikan teliti terhadap kejadian tersebut dan menangkap mereka yang terlibat untuk diadili dengan seadil-adilnya.

Menurut Haniya, penyelesaian terbaik dalam hal ini adalah menghormati aspirasi rakyat Palestin dan pilihan demokrasinya. Haniya menegaskan, istilah perang saudara tidak ada dalam kamus Palestin sebab di hadapan rakyat Palestin hanya ada musuh penjajah Israel.