Hakim Palestin ditembak


Khamis, 14/12/06 –
Hakim Palestin telah ditembak pada pagi Rabu di selatan bandar Gaza Strip Khan Younis oleh saspek bersenjata yang tidak dikenali, kata sumber keselamatan PA.


Mereka menambah bahawa penembak berada di dalam sebuah kereta yang laju lalu menembak dengan bertubi-tubi ke arah hakim Bassam al Farra, yang juga merupakan komander Qassam Brigades sayap bersenjata Pergerakan Hamas, dengan senapang yang mengakibatkan beliau maut di tempat kejadian.

Penduduk tempatan berkata, Farra, pada usia remaja beliau pernah bekerja sebagai seorang Hakim di dalam mahkamah-mahkamah Muslim dan juga merupakan satu-satunya remaja berpangkat komander bagi sayap bersenjata Hamas.

Mereka mengenali bahawa hakim tersebut sangat dihormati dan sungguh popular di Khan Younis memandangkan budi bahasa dan reputasinya.

Keadaan menjadi tegang dan marah apabila mendapat tahu berita mengenai pembunuhan Farra.