PANAS !! Kereta Menteri Hal Ehwal Banduan di Serang !


Jumaat, 15/12/06 –
Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang dan menembak ke arah kereta Menteri Hal Ehwal Banduan, Wasfi Kabaha tengah malam Rabu (13/12/06) di selatan Ramallah tetapi menteri berkenaan tiada di dalam kereta tersebut.


Kabaha, dalam satu sidang akhbar, berkata penembak tersebut mengejar kereta beliau dan menembak lalu menghilangkan diri sejurus selepas melepaskan tembakan. Menteri tersebut berkata, tembakan tersebut telah mengancam nyawa 2 orang pengawal peribadinya yang berada di dalam kereta tersebut.

“Tindakan gila ini ada kaitan dengan rejim Zionis yang ingin melihat suasana politik Palestin terus tegang dan tidak stabil”, ujar beliau.

Kabaha telah mengarahkan pihak keselamatan PA agar memeriksa anasir luar yang menganggu proses pembentukan kerajaan campuran.

Kereta Kabaha sebelum ini pernah terbakar dalam satu serangan pada 28/5 tahun ini.