Haniyah Membawa Dana Dari Sudan


Jumaat, 15/12/06 –
Setelah berjaya mendapat dana bantuan tunai dari kerajaan Iran sebanyak USD250 juta , PM Palestin Ismail Haniyah kembali menegaskan pihaknya kini berusaha mendapatkan sumbangan daripada pelbagai pihak di Sudan. Beliau menyatakan perkara tersebut di ibukota Sudan, Khartoum, Rabu (13/12).

Haniyah menyatakan, kerajaan Sudah telah berjanji memberikan bantuan sebanyak USD10 juta untuk membantu kerajaan Palestin. Sementara itu Persatuan Umum Pelajar Sudan menyumbang USD100 ribu, Ikatan Pemuda Sudan sebanyak USD50 ribu. Sejak kedatangan Haniyah, Para pelajar Sudan menjalankan kempen ‘sejuta dolar’ untuk rakyat Palestin.

Dalam ucapannya di hadapan ribuan pelajar Sudan, Haniyah mengatakan bahawa Presiden Sudan, Umar Bashir telah berjanji membantu kerajaan Palestin dan rakyat Palestin dana sebanyak USD10 juta.

Haniyah menambah, “Walaupun Sudan mengalami sekatan dan tekanan namun mereka tetap menyumbang dana untuk saudara-saudaranya di Palestin, yang menerima tekanan dan sekatan akibat pilihan demokratik mereka dengan memilih gerakan Hamas sehingga kerajaan ditekan secara ekonomi dan politik. Bahkan Israel terus melakukan gerakan menghacurkan kebun-kebun, prasarana dan rakyat Palestin. Mereka menyangka kerajaan Palestin akan jatuh dalam tempoh dua bulan. Mereka ingin menjatuhkan panji-panji perjuangan”. Namun cita-cita mereka semakin kabur.