Dr Mahmoud Zahar selamat dari cubaan bunuh !


Isnin, 18/12/06 –
Menteri Luar PA, Dr Mahmoud Zahhar, pada Ahad lepas (17/12/06) telah terselamat dari cubaan bunuh. Cubaan itu menurut sumber kementerian adalah dipercayai didalangi oleh pergerakan Fatah.


Taher Al-Nuru, jurucakap kementerian, berkata beberapa orang penembak curi di percayai berada dipersekitaran pejabat kementerian dan sejurus
Dr Mahmoud keluar, beberapa das tembakan dilepaskan ke arah beliau.

Beliau menambah, Dr Mahmoud menyelinap masuk ke dalam kereta sementara tembakan terus dilepaskan. Serangan ini merupakan lanjutan kepada serangan ke arah PM Palestin, Ismail Haneyya di terminal Rafah pada Khamis (14/12/06) lalu yang mengakibatkan kematian pengawal peribadi beliau
dan mencederakan anak lelakinya dan penasihat politik beliau.