Qadumi bantah cadangan pilihanraya Abbas


Selasa, 19/12/06 –
Ketua bahagian politik PLO dan pemimpin tertinggi Fatah, Farouq Qadumi telah menolak cadangan Abbas untuk mengadakan pilihanraya awal. Beliau telah membuat kenyataan tersebut bersama para pemimpin fraksi-fraksi perjuangan Palestin yang lain di Damsyik sehari selepas presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengeluarkan kenyataannya. Pelbagai pihak dari PLO dan Fatah telah mengecam pendirian Qadumi yang mereka sifatkan terlalu lancang.

Dari sudut yang lain pula, pendirian Qadumi telah disokong kuat oleh kumpulan-kumpulan pejuang bersenjata Fatah. Briged Syuhada al-Aqsa, Briged Abu Rish, al-Majlis al-Askari al-‘Ulya dan juga briged Abu ‘Aker yang kesemuanya dari Fatah telah menyokong pendirian Qadumi. Kesemua kumpulan tersebut juga telah memberikan tekad bulat mereka untuk bersama dengan pilihan rakyat Palestin dan perjuangan mereka. Mereka juga mengutuk sebarang usaha untuk menimbulkan huru-hara di dalam Palestin.