Kumpulan pejuang Fatah menentang cadangan Abbas.


Selasa, 19/12/06 –
Kumpulan-kumpulan pejuang Fatah seperti Briged Syuhada al-Aqsa, al-Majlis al-Askari al-A’laa, Briged Khalid Abu ‘Aker, Quwwat al-Sa’iqah, Briged Tauhid (Fatah), Briged Ahmad Abu Rish, telah memberikan sokongan kepada cadangan Farouq Qadumi. Qadumi yang diwawancara oleh media di Damsyik, Syria telah menyuarakan pendapatnya yang menentang cadangan presiden Palestin, Mahmoud Abbas agar pilihanraya awal diadakan.

Kumpulan-kumpulan tersebut telah menyatakan sokongan mereka terhadap Qadumi dan juga kepada fraksi perjuangan yang lain. Mereka telah menyatakan pendirian tersebut pada 17 Disember 2006, di dalam satu kenyataan mereka yang telah dilaporkan oleh laman web www.palestine-info.info . Mereka juga meminta agar masyarakat Palestin dan masyarakat dunia dapat membezakan siapakah Fatah yang sebenarnya.