Pejabat parlimen di al-Khalil menolak pendapat Abbas


Selasa, 19/12/06 –
Walaupun media barat memaparkan bahawa Abbas mendapat 81% sokongan dari rakyat untuk mengadakan pilihanraya awal, namun realiti menunjukkan sebaliknya. Di dalam wawancara secara rambang al-Jazeerah ke atas rakyat awam di Gaza, ramai di antara mereka yang menolak cadangan tersebut. Keadaan yang sama berlaku di bandar al-Khalil (Hebron).

Pejabat parlimen di al-Khalil dan juga para ahli parlimen di sana sebulat suara menolak cadangan berkenaan. Mereka melihat ianya sebagai sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan dan tidak bermoral.