Lima penduduk Penduduk Palestin Cedera dalam Pertelingkahan Dalaman di Gaza


Selasa, 19/12/06 –
Sekurang-kuranya lima penduduk Palestin tercedera pada Sabtu malam semasa pertelingkahan antara penyokong dua parti politik utama di Palestin, Fatah dan Hamas, di Rafah selatan bandar Gaza Strip. Pertelingkahan ini berlaku setelah beribu-ribu orang mengadakan demonstrasi di jalan-jalan sebagai reaksi mereka terhadap Presiden Palestin Mahmoud Abbas,parti Fatah, untuk mengadakan pilihan raya awal.

Menurut sumber perubatan tempatan,lima penduduk cedera menerima rawatan,pada malam Sabtu itu.
Hampir 10,000 penduduk,berdemonstrasi di pusat bandar Rafah, berjanji akan menyokong Presiden serta mengadakan pilihan raya awal, saksi-saksi memberitahu IMEMC.

Di bandar berdekatan Khan Younis, penyokong kedua-dua parti Hamas dan Fatah turut serta berdemonstrasi di jalan-jalan – dengan penyokong-penyokong Hamas membantah dan penyokong-penyokong Fatah menyokong cadangan mengadakan pilihan raya awal. Terdapat pertelingkahan kecil semasa demonstrasi itu, saksi-saksi melaporkan.

Bantahan dan pertelingkahan oleh penduduk Palestin berlaku selepas ucapan yang diberikan oleh Presiden Palestin Mahmoud Abbas pada Sabtu lepas, di mana beliau menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap jumlah pembangunan yang telah dibuat pada tahun-tahun lepas, termasuk serangan yang dibuat oleh Israel, dan menyatakan kegagalan pemerintahan kerajaan Hamas.

Presiden telah memanggil untuk mengadakan pilihanraya awal,untuk mengakhiri krisis yang dialami selama 9 bulan selepas masyarakat antarabangsa dan Israel menolak keputusan pilihanraya pada Januari tahun ini. Respon masyarakat antarabangsa terhadap pilihanraya Palestin yang dipimpin Hamas telah mengenakan sekatan ekonomi, dan penyerangan Israel mengakibatkan kematian 320 rakyat Palestin

Sejak Mac 2006, masyarakat antarabangsa telah mengadakan sekatan ekonomi terhadap penduduk Palestin,melainkan Kerajaaan yang dipimpin oleh Hamas mengiktiraf wujudnya Hak Israel, termasuk menerima perjanjian pendamaian sebelum ini dan menghentikan keganasan.

Hamas menolak cadangan Abbas, dan menyeru penduduk di bandar-bandar,kampung-kampung dan kem-kem pelarian Palestin untuk berdemonstrasi untuk menyuarakan penolakan terhadap pilihan raya awal.