Semua Fraksi Palestin Tolak Usul Abbas Mempercepatkan Pilihanraya.


Rabu, 20/12/06 –
Beberapa fraksi Palestin yang diwakili beberapa delegasi atau perwakilannya,
Sabtu (16/12) di Damsyik, sepakat untuk menolak cadangan menagadakan pilihanraya
umum awal sebagaimana yang diajukan oleh kumpulan Abbas.

Dalam pada itu, mereka mengecam peristiwa cubaan bunuh terhadap perdana menteri
Palestin, Ismail Haniyah Khamis lepas dan menuntut segera dibentuk kumpulan
penyiasat bebas.

Beberapa pimpinan gerakan pejuang Palestin seperti, ketua biro Plolitik Hamas,
Khalid Mishaal, Setiausaha Agung Gerakan Fatah, Faruq Qadumi, Setiausaha Agung
Gerakan Jihad Islam, Ramadhan Salah, Anggota Biro Politik Barisan Rakyat, Mahir
Tahir serta Setiausaha Agungnya, Ahmad Jibril mengadakan sidang akhbar bersama Sabtu
(16/12).

Dalam surat pernyataan bersama yang dibacakan oleh DR. Mahir Tahir, mereka sepakat
atas pentingnya perpaduan nasional Palestin dengan tetap mendahulukan
prinsip-prinsip dasar Palestin. Seperti hak memperjuangkan tanahair, hak kembali dan
pendirian negara Palestin yang mempunyai otoriti penuh dengan ibu kotanya adalah
Al-Quds.

Para pemimpin tertinggi faksi menegaskan tentang pentingnya disegerakan pelaksanaan
kesepakatan Kaherah beberapa bulan yang lalu berkaitan menggerakkan kembali peranan
PLO sebagai badan penghubung antara fraksi dan sebagai badan rasmi fraksi perjuangan
Palestin ke peringkat antarabangsa.Semua fraksi bersetuju diadakan kembali
perbincangan berkenaan perkara tersebut pada bulan ini.

Berhubung dengan usul yang dikemukakan oleh kumpulan Mahmud Abbas, Sabtu di
Ramallah untuk mengadakan pilihan raya Presiden dan peringkat Parlimen secepat
mungkin,Fraksi-fraksi Palestin menyatakan penolakannya kerana tidak ada alasan yang
kuat untuk mengadakan pilihanraya pada waktu yang terdekat ini.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.