Seruan berpuasa tanda SOLIDARITI MOGOK LAPAR PALESTIN (26/8/04 Khamis)


Berpuluh- puluh ribu warga Palestin ditahan di penjara- penjara Israel, tanpa bicara. Kesalahan mereka hanya sebagai pejuang pembebasan Palestin, penyokong, dituduh menyokong, keluarga pejuang atau berada di kawasan pertempuran. Mereka ditahan bukan kerana jenayah secara hakiki.


Kini mereka menderita dan sengsara akibat layanan buruk di penjara. Mereka dibogelkan semasa soal siasat, tidak dibenarkan untuk menghubungi ahli keluarga, keadaan tandas yang kotor, kawasan yang sempit, dirogol, makanan yang tidak mencukupi dan sebagainya yang mencabuli hak asasi mereka sebagai seorang manusia.

Kini ribuan tahanan sedang menjalani mogok lapar untuk membantah layanan buruk pihak Zionis dan meraih perhatian dan simpati masyarakat antarabangsa. Ribuan penduduk GAZA dan TEBING BARAT telah turut serta berdemonstrasi sebagai tanda sokongan.

Setakat ini pihak Zionis telah mengeluarkan kenyataan ? Biarkan mereka ( tahanan Palestin ) mati , namun untuk tunduk, tidak sekali ?. Masih belum ada tindakan dari PBB maupun dunia Arab kecuali kenyataan NAM yang telah membuat kenyataan memboikot barangan/ produk Israel yang dihasilkan di tanah jajahan.

Oleh itu JIM (Hal Ehwal Antarabangsa) akan melakukan perkara- perkara berikut;

1-BERPUASA SUNAT HARI KHAMIS 26/8/04 (10 Rejab 1425 )

2-Menghantar memorandum yang ditandatangani oleh NGOs esp Islam kepada Kedutaan asing.

3-Membuat kenyataan akhbar — menyokong boikot dan mengesa rakyat Malaysia terutama Muslim untuk turut serta menyokong.

Marilah kita bersama- sama berpuasa pada hari Khamis ini 26/8/04 ( 10 Rejab 1425 ) sebagai tanda sokongan. Insya Allah kita akan mendapat dua pahala; satu pahala berpuasa pada bulan Rejab, dua pahala meringankan beban saudara seagama yang sedang menderita.

Sebarkan dan ajak sanak saudara terdekat dan jiran tetangga.

Sekian, wassalaam.

Azahari Abdul Kadir
JK Hal Ehwal Antarabangsa JIM

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.