Tulkaram : 1 Terbunuh, 1 Cedera, 2 Diculik


Khamis, 21/12/06 – Angkatan Tentera rahsia bersenjata telah menyusup kampung Alar berdekatan utara bandar West Bank Tulkarem dan membunuh seorang rakyat Palestin , seorang cedera dan dua lagi diculik pada tengahari Selasa (19/12/06).


Mohamed Hamad, pemimpin briged Al Aqsa, sayap bersenjata Fatah, telah diserang hendap oleh askar rahsia Israel di Kampung Alar. Tentera tersebut menahan kereta yang dinaiki oleh Hamad,kemudian melepaskan tembakan lalu mengakibatkan Mohamed Hamad mati ditempatkan kejadian dan orang yang berada di tempat kejadian,Ahmad Ajaj(19) mengalami kecederaan, saksi kejadian melaporkan.

Satu konvoi Jeep tentera Israel menyerang kampung itu dan mengepung dari serangan luar serta menjaga keselamatan operasi askar-askar rahsia.Kenderaan dan askar-askar meninggalkan kampung tidak lama kemudian selepas serangan serta mengambil tahanan yang dibawa oleh askar-askar rahsia itu. Salah seorang tahanan yang tidak dapat dipastikan telah dilepaskan semasa laporan ini ditulis.

Ini yang kedua kalinya pembunuhan dilakukan oleh ejen-ejen rahsia tentera Israel di utara bandar West Bank. Terdahulu, agen khas rahsia ini telah membunuh seorang rakyat Palestin dan menculik dua yang lain di kem pelarian Balata di bandar Nablus West Bank.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.