Olmert sokong Abbas!


Khamis, 21/12/06 –Gaza, 19/12/2006 – Gerakan HAMAS di dalam kenyataan medianya telah menegaskan bahawa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas disokong oleh rejim Zionis.


Kenyataan media itu dibuat sehari selepas Perdana Menteri rejim Zionis Israel, Ehud Olmert menyatakan sokongannya kepada Abbas. Olmert juga memaksa semua pihak untuk menyokong tindakan Abbas yang ingin mengadakan pilihanraya majlis legaslatif di dalam tempoh yang terdekat.

Menurut HAMAS, sokongan tersebut juga telah menjawab siapakah dalang di sebalik usaha untuk menjatuhkan kerajaan Palestin pimpinan HAMAS. Ianya juga menjawab persoalan siapakah di sebalik kekecohan dan pertumpahan darah di Palestin sekarang ini.

HAMAS juga mengutuk rejim Zionis kerana mencampuri urusan negara lain. HAMAS juga menekankan keperluan Abbas untuk mendengar suara rakyat Palesitn dan bukannya arahan daripada rejim Zionis.