Israel Bunuh 2 Anggota Brigade Al Quds di Jenin


Jumaat, 22/12/06 –
Tentera Israel kembali melakukan serangan, Rabu pagi (20/12/06). Dua anggota Brigade Al Quds , sayap militan gerakan Jihad Islami terkorban di Baldah Silah bahagian barat Jenin utara Tebing Barat setelah tentera Israel mengepung sebuah rumah di bandar tersebut.


Sumber tempatan menyebutkan, sekitar 20 kenderaan tentera Israel diiringi dengan jentolak menyerang Baldah Silah pagi hari ini dan mengepung sebuah rumah kosong yang digunakan sebagai tempat persembunyian dua anggota Brigade Al Quds.

Para saksi menyebutkan pasukan Israel menyerang mereka berdua dengan bom dan mesingun bertubi-tubi sehingga sebahagian besar rumah itu rosak. Aksi Israel ini mendapatkan serangan balas dari para pejuang. Namun dua anggota tersebut, Shalah Shawafithah dari Thubas dan Husam Isah dari Sanur syahid. Sementara itu seorang kanak-kanak Palestin yang berada di kawasan tersebut cedera di kepala.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.