Permintaan Abbas Mengancam Bahaya.


Jumaat, 22/12/06 –
Ghazi Hamad, jurucakap kerajaan PA, pada hari Khamis mengambarkan permintaan yang dilakukan ketua PA Mahmoud Abbas untuk mengadakan pilihanraya awal sebagai satu “ancaman bahaya”.


Hamad menggariskan bahawa Hamas, yang memegang majoriti dalam PLC, menolak pemohonan pilihanraya awal bersama-sama dengan puak-puak lain.

Jurucakap memberi tindak balas ke atas kenyataan yang dikeluarkan oleh Nabil Amre iaitu penasihat media Abbas,yang mengatakan pilihanraya yang bakal diadakan tidak boleh ditarik balik dan mengesa Hamas membicarakan “secara positif” terhadap isu ini.

Hamad menyatakan pilihan raya yang bakal diadakan tidak akan menyelesaikan masalah politik di kawasan penduduk Palestin,mengadakan dialog merupakan satu kaedah yang dapat menyelesaikan perbezaan.

Bagi pihaknya, MP Hamas Mushir Al-Masri, timbalan termuda di dalam parlimen, memberi amaran keras mengenai kedudukan mereka terhadap sebarang perselisihan-gossip yang mensasarkan keruntuhan kerajaan PA Hamas.

Beliau memberitahu PIC pada hari Rabu,bahawa Abbas penyumbang terpenting kepada pengepungan penduduk Palestin dan memetik kata-kata jurucakap Jabatan di Amerika yang mengatakan Abbaslah yang menyekat kemasukan wang yang dibawa pulang oleh Haneyya dari kunjungan ke luar negeri.