Mohammed Dahlan dalang utama kekecohan!


Selasa, 26/12/06 –Kementerian Dalam Negeri dan Keamanan Tempatan Palestin menegaskan bahawa Muhammad Dahlan adalah dalang utama kekecohan yang timbul mutakhir ini di Gaza dan Tebing Barat.

Dahlan, mantan Menteri Dalam Negeri Palestin sessi lalu dikenal pasti telah menubuhkan “Kumpulan Maut” yang bertanggung jawab membuat segala kekecohan di Gaza. Beliau juga bertanggung jawab membiayai kumpulan “samseng” di dalam Pasukan Keselamatan Palestin yang diletakkan di bawah pentadbiran Presiden.

Di dalam wawancara bersama al-Markaz al-Filistini li al-I’laam, Islam Syahwan, jurucakap kementerian berkenaan mengatakan bahawa tujuan utama Dahlan ialah menimbulkan suasana huru-hara. Keadaan huru-hara berkenaan akan melarikan perhatian rakyat Palestin daripada isu pecah amanah dan korupsi beliau yang menjadi bualan rakyat Palestin beberapa bulan yang lalu. Fail korupsi beliau telah mula dibuka oleh kerajaan Palestin pimpinan HAMAS baru-baru ini.

Dahlan telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau muncul di Televisyen Palestin dan mengatakan percubaan membunuh Perdana Menteri Palestin sebagai satu “kemuliaan” yang beliau tidak mengaku terlibat.

Melalui maklumat perisikan kementerian, Dahlan telah didapati terlibat dengan pihak Zionis di dalam merancang dan melaksanakan kekecohan yang wujud pada hari ini. Dahlan juga telah dipuji oleh Presiden Bush sebagai “Inilah orang yang aku kagumi!”.

sumber: al-Markza al-Filistini li al-I’laam

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.