Raja Abdullah II Undang Haniyyah Ke Jordan


Rabu, 27/12/06 –PM Palestin Ismail Haniyyah menerima undangan rasmi dari Raja Abdullah II, Isnin (25/12) malam, untuk berkunjung ke ibukota Amman, Jordan. Ini adalah inisiatif Jordan untuk mengakhiri perselisihan yang terjadi di Palestin antara pihak presiden dan pemerintah.

Jurucakap kerajaan Palestin, Ghazi Hamad menegaskan PM Ismail Haniyyah menghubungi
PM Jordan Ma’ruf al Bakhit melalui telefon, membincangkan pelbagai isu yang sedang berlaku di Palestin.

Bakhit menyampaikan undangan rasmi dari Raja Abdullah II kepada Haniyyah untuk berkunjung ke Amman dan bertemu dengan Presiden Mahmud Abbas untuk membincangkan jalan penyelesaian berkenaan perkembangan terakhir dan perselisihan yang terjadi di Palestin. Hamad menegaskan, Haniyyah menyambut baik undangan tersebut dan memberi komitmen untuk menyusun agenda kunjungan.

Abbas sendiri ketika ini sedang melakukan kunjungan ke Jordan. Namun tidak bertemu Raja Abdullah II sebagaimana yang telah dirancang. Sumber tidak rasmi Jordan menyebutkan, pembatalan pertemuan tersebut terjadi kerana protes dari sebahagian
orang rapat Abbas untuk menghalangi inisiatif Jordan dan sebagai usaha untuk mencegah Haniyyah berkunjung ke Jordan.

Sumber dekat pemerintah Palestin menyebutkan, Haniyyah menerima undangan untuk berkunjung ke Jordan dan ikutserta dalam pertemuan enam mata yang melibatkan Raja Abdullah II, Presiden Abbas dan PM Haniyyah untuk mencari jalan terbaik
menyelesaikan perselisihan yang berlaku dan membincangkan kemungkinan pembentukan
kerajaan perpaduan nasional Palestin. Dijangkakan pertemuan tersebut akan diadakan selepas Hari Raya Idul Adha.

1 thought on “Raja Abdullah II Undang Haniyyah Ke Jordan

Comments are closed.