Tahun Persekolahan Bermula di Tebing Barat, Ditangguhkan di Gaza

Khamis, 28-08-2014 – Sekolah dibuka, pada pagi Ahad, untuk 700,000 pelajar Palestin di Tebing Barat, manakala pendidikan pelajar Gaza telah ditangguhkan, kerana serangan Israel yang berterusan di rantau ini.

Menteri Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Khawla Shakhshir berkata 500,000 pelajar di Semenanjung Gaza tidak dapat memulakan tahun persekolahan mereka, menurut Al Ray. Kedua-dua UNRWA dan Kementerian telah menyatakan bahawa tahun sekolah Gaza akan disambung semula dua minggu selepas berakhirnya serangan tentera Israel.

Al Ray melaporkan bahawa sekurang-kurangnya 2,105 rakyat Palestin terbunuh dan lebih daripada 10,000 yang lain cedera, di lebih daripada satu bulan serangan ke atas rantau ini, oleh Israel, sejak awal Julai. Di Gaza – rumah kepada kira-kira 1.8 juta rakyat Palestin – telah berada di bawah sekatan ekonomi yang melumpuhkan sejak 2007.

sumber : IMEMC News
penterjemah : nurdiana