50% rakyat Palestin sokong HAMAS


Khamis, 28/12/06 –Sebanyak 49.98% daripada rakyat Palestin masih kekal menyokong HAMAS melalui kajian yang dijalankan oleh Akhbar al-Quds di Palestin. Kajian yang dilakukan ke atas penduduk di Gaza, Tebing Barat dan juga Baitul Mqdis timur menunjukkan bahawa rakyat Palestin masih menaruh kepercayaan kepada HAMAS walaupun mereka terpaksa menghadapi sekatan ekonomi.

Di pihak Fatah pula, mereka hanya menerima 29.48% undian daripada hasil kajian berkenaan. Sebanyak 4.56% memilih PFLP, 5.2% memilih barisan demokratik, dan selebihnya memilih lain-lain fraksi perjuangan Palestin. Kajian tersebut dilakukan untuk melihat sejauhmana kebenaran kajian yang diwar-war oleh media barat mengenai pendapat umum rakyat Palestin berhubung pilihanraya awal seperti yang diminta oleh Mahmoud Abbas.

Hasil kajian ini disokong oleh ketua perisikan rejim Zionis, Yofal Diskin. Beliau mengatakan : “Jika diadakan pilihanraya awal, peluang Fatah untuk memenanginya adalah sifar!”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.