Haniyyah Menunaikan Haji


Khamis, 28/12/06 –
Sumber rapat Dewan Kabinet Palestin menyebutkan, PM Palestin akan bertolak ke Mekah
Rabu (27/12) untuk menunaikan ibadat Haji.
uk membincangkan jalan penyelesaian pembentukan
kerajaan Palestin bersatu.

Sumber tersebut menyebutkan persiapan keselamatan pemergian Haniyyah melalui pintu
maasuk Rafah sudah dilakukan. Jurucakapnya iaitu Yusuf, penasihat politik PM
Palestin menyebutkan, dijangkakan kunjungan kedua akan dilakukan oleh Haniyyah ke
beberapa Negara Arab dan Islam setelah Idul Adha. Yusuf menegaskan, lawatan ini
dilakukan untuk memperoleh sokongan dana dan politik ketika tekanan embargo begitu
hebat terhadap rakyat dan pemerintah Palestin. Kunjungan pertama Haniyyah ke
negara-negara Arab dan Islam berjaya mengumpulkan dana sebanyak USD700 juta.

Pegawai kanan Palestin ini menegaskan harapan adanya pertemuan antara PM Haniyyah
dengan presiden Mahmod Abbas untuk membincangkan jalan penyelesaian pembentukan
kerajaan Palestin bersatu.

1 thought on “Haniyyah Menunaikan Haji

Comments are closed.