Pejuang Hamas dicederakan oleh penembak tidak dikenali di Jenin


Khamis, 28/12/06 –Sumber penduduk Palestin melaporkan pada Rabu (27/12/2006) kumpulan bersenjata yang tidak dikenali telah menembak seorang ahli Hamas berdekatan kampung Borgeen,barat Jenin di bahagian utara Tebing
Barat,anggota tersebut cedera parah.

Satu jurucakp media Hamas di kampung itu melaporkan bahawa Issam Al Arabi telah cedera akibat ditembak dengan peluru hidup secara terbuka pada lewat malam Selasa.
Al Arabi telah dibawa ke hospital kerajaan di Jenin dan kemudian dipindah ke hospital kerajaan di Nablus disebabkan oleh keadaannya yang parah.

Syeikh Khalid Al Haji, salah seorang pemimpin politik Hamas, menghentam serangan itu dan serangan-serangan inilah yang “menujukan kepada
penciptanya konflik dalaman di kalangan penduduk-penduduk”.
Al Haj menyeru penduduk-penduduk dan ahli-ahli puak yang lain agar mempertahankan diri dan serangan-serangan ini telah dijalankan untuk
menentang ahli-ahli dan institusi-institusi Hamas.

Beliau mendesak agar alat-alat keselamatan ditempatkan dan mendedahkan lakonan penyerang-penyerang yang menentang kepentingan penduduk Palestin, dan juga penentang perpaduan terhadap penduduk Palestin.
Atas alasan itu, pasukan Israel telah menyerang bandar Qabatia,barat daya Jenin,di bahagian utara Tebing Barat pada Subuh Rabu.

Penceroboh telah membawa lebih dari dua puluh kenderaan dan jeep tentera,askar-askar itu memecah masuk rumah-rumah awam dan mencari
beberapa belia untuk disoal siasat dengan memaksa mereka keluar dari rumah mereka walaupun cuaca sejuk dan hujan.

Tentera itu mendakwa mahu mencari rakyat Palestin yang “dikehendaki”.

Posted in Uncategorized
Bookmark the permalink.
One Comment

Comments are closed.