Ismail Haneyya Berangkat Pulang Hari Ini.


Khamis, 04/01/07 –
Ketua Bahagian Pejabat PM , Muhammad al-Madhoun berkata , Ismail Haneyya akan kembali dari
menunaikan haji di Arab Saudi ke Jalur Gaza pada Khamis, 4/1/07 dan akan memulakan
lawatan dari satu negara ke negara tidak lama lagi.


Madhoun berkata dalam sidang akhbar bahawa persiapan telah diatur
bagi lawatan tersebut yang merangkumi Kuwait dan negara Teluk yang lain.

Beliau juga berkata tiada sebarang komunikasi di buat dengan pejabat
PM berhubung dengan persidangan mini di Cairo.

Madhoun menambah, PM telah melakukan telah pergi ke Madinah selama 2 hari pada
Selasa 2/1/07 dan sempat menziarahi makam Rasullullah. Ismail Haneyya dijangka
berangkat pulang dengan menaiki pesawat Saudi Royal dan akan mendarat di lapangan
terbang al-Arish hari ini.

Beliau juga turut menyanggah laporan media bahawa kos lawatan PM menjangkau
angka jutaan ringgit tetapi jumlah sebenar adalah 12, 270 dollar sahaja. Laporan
tersebut sengaja dibuat untuk memburukkan imej kerajaan yang diterajui HAMAS itu.